Mi Kuning Goreng

Ramuan / Bahan

600 gm mi kuning
300 gm tauge
150 gm udang
150 gm sawi
2 keping tauhu
4 biji telur ayam
2 biji cili merah
2 biji limau nipis 2 sudu besar cili mesin
1 sudu besar minyak
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos tomato
6 labu bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang daun bawang
Garam secukup rasa

Cara-cara

Bersihkan mi kuning dan toskan. Rebus 3 biji telur ayam. Mayang bawang merah dan goreng. Angkat dan ketepikan. Bersihkan tauge. Potong sawi dan daun bawang sepanjang 2.5 cm. Bersihkan udang. Potong tauhu sebesar 1.5 cm. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan cili mesin. Kacau hingga kering. Masukkan udang dan tauhu. Kacau selama 2 minit. Pecahkan telur ke dalam masakan dan biarkan telur keras. Kacau dan masukkan mi. Balik-balikkan mi. Masukkan tauge, kicap, garam dan sos tomato. Kacau selama 2 minit. Semasa menghidang, taburkan daun bawang, bawang goreng dan cili merah. Jika mahu rasa masam, perahkan asam limau.