Mi Kuah Sedap

Ramuan / Bahan

1 kati daging
½ kati kacang(digoreng & digiling lumat
1 kati udang basah-digiling
1 sudu teh kas-kas-digiling
5 kuntum bunga cengkih-digiling
1 kelopak bunga lawang-digiling
½ inci kulit kayu manis-digiling
¼ x ¼ inci belacan-digiling
5 sudu makan serbuk cili
6 sudu makan tepung ubi
2 sudu makan gula merah
garam secukup rasa
sedikit kicap & cuka
*untuk memaniskan lagi kuah boleh ditambah air rebusan sotong bahan untuk menumis awal:
a. 2 sudu makan minyak
b. 2 ulas bawang merah
c. ½ inci kulit kayu manis
d. ½ helai daun pandan

bahan untuk meumis akhir:
a. 2 senduk(sederhana) minyak masak
b. ½ kati bawang merah(dimayang)
c. 1 sudu makan tepung gandum

Cara-cara

Daging direbus dan ambil airnya,ketepikan.Didihkan pula air dan masukkan udang basah.Toskan udang dan buang kulit dan giling isi udang hingga lumat.Panaskan minyak untuk menumis,masukkan bahan-bahan untuk tumisan awal tadi.Selepas itu, masukkan cili kosong,kacau dan masukkan.Masukkan garam dan gula merah. Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah digiling. Biarkan mendidih.Masukkan air udang dan air daging tadi. Biarkan mendidih lagi.Masukkan tepung ubi yang telah dicampur air dan masukkan kacang.Perlahankan api.Untuk tumisan akhir.Panaskan minyak dan masukkan bawang yang telah dimayang dan goreng hingga kuning dan sejatkan.Masukkan tepung gandum ke dalam minyak gorengan tadi dan biarkan kuning.Tuangkan minyak ini ke dalam kuah mee tadi.Selepas itu, bolehlah dihidangkan dengan mee basah yang telah dicelur dan ditoskan.