Mi Goreng Hokkien

Ramuan / Bahan

600 gm mi Hokkien
200 gm ayam (dihiris)
50 gm udang
50 gm choy sum
20 gm bawang putih (dikisar)
500 liter air rebusan ayam 1 sudu besar minyak masak
4 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar serbuk 'Ikan Sebelah'
Garam

Cara-cara

Rebus mi hingga setengah masak dan tuskan airnya.

Tumis bawang putih hingga garing dan masukkan ayam dan udang.

Masukkan sos tiram, kicap pekat dan air rebusan ayam, serbuk 'Ikan Sebelah' bersama bahan perasa.

Setelah itu masukkan pula choy sum. Biar seketika dan perlahankan api.

Apabila kuah agak pekat, bolehlah dihidangkan.