Mi Goreng Berkuah

Ramuan / Bahan

300 gm daging
3 cm halia (dititik)
5 ulas bawang putih (dicincang)
1 cawan minyak untuk menumis
1 biji bawang besar (dihiris)
300 gm udang hidup (dibersihkan)
1 tin sup tomato
1 sudu sedang cuka
1 sudu sedang kicap masin
Garam secukup rasa
5 biji tomato (dibelah enam)
1 tin kacang pis
300 gm sawi (dikerat-kerat)
150 gm kubis (dihiris)
1200 gm mi kuning

Bahan-bahan dikisar lumat:
50 gm cili kering
6 ulas bawang putih Bahan-bahan tabur:
150 gm bawang merah (dibuat bawang goreng)
5 tangkai daun bawang (dihiris)
5 tangkai daun saderi (dihiris)
Cili jeruk secukupnya

Cara-cara

Rebus daging bersama halia dan bawang putih hingga daging empuk. Kemudian siat-siat daging. Air rebusan daging jangan dibuang. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar dan Bahan-bahan kisar hingga garing. Kacau rata. Masukkan udang, sup tomato, cuka, kicap masin, air daging, daging dan garam. Biar hingga mendidih. Masukkan tomato, kacang pis, sawi, kubis dan mi. Kacau rata. Jika suka boleh pecahkan telur ke dalam mi. Apabila cukup masak, angkat dan hidangkan. Ketika menghidang bubuh Bahan-bahan tabur.