Mi Goreng Basah

Ramuan / Bahan

300 gm mi kuning
100 gm udang
100 gm daging ayam (dipotong)
100 gm daging (dipotong)
100 gm kobis (dipotong)
1 tangkai sawi (dipotong) 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 cawan stok daging
Garam & minyak masak

Cara-cara

Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang putih & cili kisar hingga garing. Masukkan mi, daging ayam, udang, daging, sos tiram, kicap pekat, sawi & kobis. Kemudian masukkan stok daging & garam. Masak lagi selama 5 minit.