Mi Garing Daging Kicap

Ramuan / Bahan

1 camca besar minyak masak
100 g daging lembu, dihiris sederhana besar
5 biji candawan butang, dibelah dua
3 camca besar sayur campur
Sedikit air
Garam dan serbuk lada sulah, secukupnya
1 bungkus mi segera, direbus, disejat dan digoreng garing dengan sedikit minyak masak

Bahan-bahan dihiris halus:
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
3 sm halia Bahan-bahan pemekat:
2 camca teh minyak bijan
2 camca teh sos tiram
1 camca teh kicap cair
1 camca teh kicap pekat
2 camca teh tepung jagung

Cara-cara

Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan hiris hingga ia garing. Masukkan daging, biar ia sebentar. Kemudian masukkan cendawan butang bersama sayur campur. Biar ia sebentar. Masukkan bahan pemekat bersama air, garam dan serbuk lada sulah. Biar ia sebentar. Angkat. Bubuh mi segera di dalam piring hidang. Tuang daging tadi di atasnya.