Mi Ee Fu

Ramuan / Bahan

400 gm mi Hong Kong Ee-Fu
250 gm sayur siew pak choi
150 gm kekapis
150 gm udang basah
150 gm kepingan ikan kerapu
150 gm sotong 80 gm cendawan batang
60 gm lobak merah (dihiris)
60 gm halia (ditumbuk)
1 mangkuk air
Sedikit garam, minyak masak, kicap cair & gula

Cara-cara

Didihkan air dalam periuk & masukkan sedikit minyak masak. Celurkan mi selama 3 minit. Angkat & toskan. Kemudian celurkan udang, sotong, kekapis & ikan kerapu. Ketepikan. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Tumiskan halia, lobak merah & cendawan. Kemudian masukkan mi, bahan-bahan yang dicelur, sayur, garam, kicap cair & gula. Masak selam 2 minit.