Mi Basah

Ramuan / Bahan

600 gm mi kuning
600 gm tauge
150 gm udang
150 gm daging lembu
8 biji cili merah
4 biji ubi kentang
4 biji telur ayam
3 biji asam limau
4 keping tauhu
8 labu bawang merah
10 batang daun kucai
4 sudu besar minyak
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa Bahan-bahan kuah:
4 sudu besar cili mesin
2 sudu besar tepung ubi kayu
2 sudu besar air asam jawa
6 gelas air

Cara-cara

Celur mi kuning, tos dan ketepikan. Celur tauge, tos dan ketepikan. Goreng tauhu dan potong sebesar 2.5 cm x 1.5 cm. Mayang bawang merah nipis-nipis dan goreng. Potong cili merah, daun kucai dan asam limau untuk hiasan. Rebus telur ayam dan kentang, kemudian potong bulat-bulat. Potong daging sebesar 2.5 cm persegi dan rebus hingga empuk. Simpan air rebusannya. Rebus udang dengan ekor dan kepalanya. Simpan air rebusannya. Untuk menyediakan kuahnya, bancuh tepung ubi kayu dengan air rebusan daging dan udang. Kacau rata-rata supaya tepung tidak berketul. Jerang bancuhan tepung dalam periuk. Masukkan cili mesin, air asam jawa, garam dan gula. Kacau selalu supaya kuah tidak berketul. Masak hingga mendidih.