Mi Bandung

Ramuan / Bahan

600 gm mi kuning
600 gm daging bertulang
600 gm udang
150 gm sawi
150 gm tauge
150 gm kubis
4 biji telur
5 biji cili merah
1 biji tomato 4 sudu besar sos tomato
2 sudu besar cili mesin
2 sudu besar minyak
6 labu bawang merah
2 ulas bawang putih
1 pokok daun bawang
1 pokok daun saderi
2 keping tauhu
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara-cara

Bersihkan daging dan udang, kemudian rebus bersama garam. Apabila masak, toskan dan simpan air rebusan. Potong daging dan udang sebesar 2 cm. Hiris kubis dan potong sawi sepanjang 3 cm. Hiris tomato bulat-bulat, daun bawang, daun saderi sepanjang 1 cm. Potong cili merah nipis-nipis. Hiris bawang dan goreng. Tumbuk bawang putih. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih. Apabila kuning masukkan cili mesin. Kacau selama 2 minit. Masukkan air rebusan dan kacau selama 1 minit. Masukkan kubis, sawi, tauge, tauhu dan mi. Masukkan sos tomato, garam, gula dan kacau rata-rata sehingga mendidih. Apabila menghidang, taburkan telur potong, cili merah, tomato potong, daun saderi, daun bawang dan bawang goreng.