Mi Babat

Ramuan / Bahan

½ bungkus mihun, dicelur
300 gm babat atau perut lembu
300 gm taugeh, dicelur
20 sen daun sup dan daun bawang
200 gm tulang lembu
2 sm halia, dititik 2 ulas bawang putih, dititik
2 camca teh serbuk lada sulah
Sedikit bawang goreng, ditabur
Cili hijau jeruk
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara-cara

Rebus tulang, babat, halia dan bawang putih. Masukkan garam, serbuk lada sulah dan serbuk perasa. Apabila babat empuk, baru diangkat. Hiris babat nipis-nipis. Bubuh mihun, babat, taugeh, daun sup, daun bawang dan bawang goreng di dalam mangkuk dan tuang kuah di atas nya. Hidangkan mihun bersama cili jeruk atau sambal jika suka.