Mi Ayam Berkuah

Ramuan / Bahan

500 gm mi kuning (dicelur)
200 gm isi ayam (direbus & disiat)
2 tangkai daun bawang (dihiris)
1 tangkai daun ketumbar (dihiris)
6 biji cili merah (dihiris)
50 gm cendawan hitam (dihiris)
1 sudu besar taucu
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
Sedikit sawi (dicelur)
1 kiub pati ayam
2 cawan stok ayam
Sedikit garam & minyak masak Bahan kuah:
2 sudu besar kicap soya
2 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar serbuk lada putih
2 sudu besar tepung jagung + air

Cara-cara

Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih & taucu. Masukkan daun bawang, daun ketumbar, cendawan, isi ayam & stok ayam. apabila mendidih, masukkan serbuk lada putih, garam, kicap soya, kicap pekat & bancuhan tepung jagung. Kacau hingga pekat. Angkat & hidangkan.