Mee Rebus Tomato

Ramuan / Bahan

½ kg mee kuning atau makarona (masukkan sedikit serbuk kunyit ketika merebusnya)
¼ kg sawi
5 kelopak kubis (dimayang)
½ kg daging lembu
½ kg udang hidup
1 biji timun
2 labu bawang besar 3 ulas bawang putih
7 cawan air
1 tin tomato puri, garam secukup rasa
10 tangkai cili kering, bahan giling
½ camca kecil lada sulah, bahan giling
1 ikat daun sup atau daun bawang, bawang goreng - bahan tabur
4 biji timun (dihiris memanjang) - bahan tabur

Cara-cara

Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih. Masukkan rempah yang telah digiling kemudian masukkan tomato. Masukkan daging, garam dan 7 cawan air. Masukkan kobis dan sawi. Apabila mendidih, padamkan api dan masukkan mee. Hidangkan bersama sayur tadi.