Mee Rebus Tok Wan

Ramuan / Bahan

500 gm ubi kaledek
100 gm udang kering
10 ulas bawang putih (dikisar)
10 ulas bawang merah (dikisar)
5 helai serai (dititik)
2 helai daun pandan
1 cawan serbuk kari daging
Minyak masak
Serbuk perasa
Garam Bahan untuk mee:

3 kg mee kuning (dicelur)
1 mangkuk tauge (dicelur)
3 biji telur ayam (direbus)
2 biji tauhu goreng
2 helai daun sup
2 helai daun bawang
8 biji limau kasturi
Bawang goreng
Isi ayam atau daging

Cara-cara

Rebuskan keledek dan udang kering sehingga empuk. Kemudian sejukkan.

Kisar rebusan tadi hingga lumat. Panaskan minyak di dalam periuk. Kemudian tumiskan bawang, serai dan daun pandan hingga naik bau.

Kemudian masukkan rempah kari (digaul dengan air) dan kacau hingga keluar minyak.

Setelah itu, masukkan bahan kisar tadi dan biarkan mendidih selama 10 - 15 minit.

Tambahkan bahan perasa dan kacau hingga sebati. Pastikan kuah tidak terlalu pekat.

Tuangkan kuah di atasnya dan hidangkan.