Mee Rebus Sungai Melaka

Ramuan / Bahan

1 sudu besar rempah kari
1 sudu besar cili kering (kisar)
100 gm udang kering
½ biji kelapa (ambil santannya)
15 gm garam
5 gm gula
2 sudu besar minyak masak

Bahan Kisar:
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia Bahan Hiasan (direbus Seketika):
300 gm mee
4 ekor udang
50 gm isi ayam
1 biji telur rebus
½ keping tauhu goreng
15 gm sawi
15 gm tauge

Cara-cara

Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik aroma. Campurkan rempah kari yang dibancuh sedikit air, cili, udang kering & garam. Setelah rempah pecah minyak, masukkan santan & gula, biarkan sehingga kuah mendidih. Angkat.