Tart Gulung Gebu

Ramuan / Bahan

150 gm tepung gandum
100 gm tepung jagung
150 gm buttercup/planta
2 biji kuning telur
Intinya:
1 biji nenas
gula secukupnya
pewarna kuning
2 kuntum bunga cengkih

Cara-cara

Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan buttercup ke dalam mangkuk. Uli perlahan dengan tangan hingga sebati. Masukkan kuning telur dan uli lagi. Tambahkan lagi butter semasa menguli sehingga adunan betul2 lembut dan senang ditekan pada acuan. Setelah siap adunan, tekan pada acuan memanjang dan masukkan intinya. bakar 180C selama 30-40 minit.

Untuk intinya.

Potong nenas kecil-kecil dan kisar halus. toskan airnya hingga kering. masukkan nenas dan bunga cengkih dalam kuali dan masak hingga airnya betul-betul kering. kacau selalu supaya tidak hangus. setelah itu masukkan gula dan pewarna kuning. jika boleh, biarlah rasanya manis. kacau lagi hingga betul-betul kering dan pekat barulah tutup api.