Mee Rebus Johor

Ramuan / Bahan

1 kg mee kuning (dicelur)
300 gm tauge
2 tangkai daun sup (dihiris)
2 tangkai daun bawang (dihiris)
8 biji cili merah (dihiris)
4 keping tauhu goreng (dihiris)
Sedikit bawang goreng
6 biji telur (dibelah)
6 biji limau kasturi (dibelah).

Bahan Penumis Dikisar:
2 sudu besar ketumbar
6 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering
1 sudu kecil jintan kasar
1 sudu kecil jintan manis Bahan Kuah:
300 gm daging (cincang)
200 gm tetel (direbus)
300 gm keledek (direbus)
250 gm udang basah
5 sudu besar taucu
1 cawan kacang tanah (ditumbuk halus)
1 batang serai (diketuk)
2 cm lengkuas (diketuk)
½ cawan minyak masak
Garam, gula & air secukupnya

Cara-cara

Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan Bahan Penumis hingga garing. Masukkan daging cincang, tetel & udang. Gaulkan supaya bercampur rata. Kemudian masukkan kacang tanah, air, gara, gula & taucu. Kacau selalu supaya tidak hangit. Bila sudah masak bolehlah diangkat.