Mee Rebus Gam

Ramuan / Bahan

1 kg mee kuning (dicelur)
400 gm taugeh
2 tangkai daun sup (dihiris)
6 biji cili hijau (dihiris)
4 keping tauhu (dihiris)
Sedikit bawang goreng
6 biji telur (dibelah)
10 biji limau kasturi (dipotong)

BAHAN PENUMIS DIKISAR
1 senduk minyak makan
6 biji bawang kecil
5 biji ulas bawang putih
15 tangkai cili kering (dikisar)
1 batang kayu manis
Sedikit bunga lawang
Sedikit halia



BAHAN KUAH
200gm daging (dipotong halus)
1kg keledek (direbus)
250gm udang pepai(digoreng & kisar)
1 cawan rempah kari
2 sudu tepung jagung
½ cawan gula pasir
Garam,serbuk perasa,air secukupnya


Cara-cara

Panaskan minyak dalam perriuk. Tumiskan Bahan Penumis hingga garing. Masukkan serbuk kari,lada kisar,daging yang telah dipotong halus,keledek kisar & udang pepai yang telah dikisar halus. Gaulkan supaya bercampur rata. Kemudian masukkan sedikit air,garam,gula & serbuk perasa. Kacau sehingga sebati. kemudian masukkan tepung jagung yang telah dicairkan dengan air.Bila sudah masak bolehlah diangkat dan dihidangkan.