Mee Kuah Ibu Mertuaku

Ramuan / Bahan

2 bungkus mee kuning (dicelur)
500 gram udang (direbus)
500 gram daging (direbus)
3 biji kentang (direbus & dikisar)
2 biji keledek (direbus & dikisar)
100 gram taugeh (dicelur)
100 gram sawi (dicelur)
Bawang besar + putih (dikisar)
Cili boh
Daun sup dan daun bawang (dihiris)
100 gram fish ball (dipotong & digoreng)
4 keping tauhu (dipotong & digoreng)
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk halus)
Kacang tanah (digoreng dan ditumbuk)
Bawang merah (untuk dibuat bawang goreng)
Limau nipis
Garam, gula & minyak masak

Cara-cara

1. Rebus udang basah terlebih dahulu. Kemudian toskan airnya asingkan ketepi. Ambil kepala dan kulit udang.Kisarkan. Kemudian tapis air kepala udang tadi & satukan dengan air rebusan yg sedia ada.
2. Panaskan minyak dan tumis cili boh dan bawang yang telah dikisar sehingga naik bau.
3. Masukkan kentang dan keledek yang telah dikisar bersama air rebusan daging dan air rebusan udang yang telah disimpan tadi.
4. Masukkan gula, garam, kacang tanah dan lada hitam.
5. Biarkan mendidih dan tutup api.
6. Setelah selesai semuanya, hidangkan mee bersama tauhu, fish ball,udang, hirisan daging, sawi, taugeh,daun sup dan daun bawang serta bawang goreng.
7. Perahkan limau nipis untuk membangkitkan selera makan.