Mee Krob Radna

Ramuan / Bahan

1 bungkus mee kering
1 sudu minyak masak
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 sudu besar kicap sotong
½ sudu kecil gula
½ sudu tepung jagung (dibancuh dengan air)
1 ikat daun kailan 50 gm bunga kubis
50 gm brokoli
5 ekor udang sederhana besar
5 keping sotong (dipotong)
1 biji cili merah
1 cawan air sup

Cara-cara

Mee kering digoreng sehingga ranggup.

Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Kemudian masukkan udang, sotong, dan sedikit air sup.

Masukkan bahan perasa kicap, gula dan sayur. Setelah semua bahan masak, masukkan tepung jagung tadi.

Setelah sebati, tuangkan ke atas mee yang ranggup tadi.