Mee Kari Tomyam

Ramuan / Bahan

300 gm mee kuning
250 gm ayam (dipotong kecil)
1 biji timun (dipotong kecil)
4 keping tauhu kering
½ biji kelapa (diambil santan)
1 sudu makan serbuk lada hitam
2 sudu makan rempah kari daging 10 ulas bawang merah (dikisar)
1 batang serai (dikisar)
2 inci belacan
1 kuntum bunga kantan
2 kiub Tom Yam Knorr
200 gm sawi (dipotong 1inci & dicelur)
500 gm kerang rebus
Garam secukup rasa

Cara-cara

Rebus ayam & asingkan air rebusannya. Panaskan minyak & tumis bahan2 kisar hingga naik bau. Masukkan rempah kari, serbuk lada hitam,belacan & kacau lagi hingga garing. Masukkan air rebusan, kiub Tom Yam Knorr,bunga kantan & tauhu. Masukkan santan, ayam & garam secukup rasa. Kacau hingga mendidih. Celur mee & toskan. Masukkan ke dalam pinggan & tuangkan kuah di atasnya.