Swiss Star

Ramuan / Bahan

250 gm mentega
4 sudu besar gula aising
1 cawan tepung jagung 1 ¾ cawan tepung gandum
1 biji putih telur
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara

Pukul krim mentega dengan gula hingga putih dan kembang. Masukkan kedua jenis tepung yang sudah diayak bersama esen vanila, gaul rata. Masukkan adunan ke dalam beg paiping menggunakan nozel bintang. Paipkan sedikit adunan ke atas dulang pembakar, ratakan dengan pisau kemudian paipkan lagi lingkaran mengeliling dasar biskut, bakar hingga masak. Sejukkan biskut di atas redai kuih dan paipkan jem ditengahnya.