Mee Hoon Bercitarasa

Ramuan / Bahan

1kg Tulang Lembu
30gm Udang Kering
10 Tangkai Cili Kering
6 Ulas Bawang Putih (di ketuk)
1 cekak sayur sawi / kobis panjang
5 sudu besar sos cili
5 sudu besar sos tomato
5 sudu besar kicap manis
sedikit garam/perasa 1 Bungkus Mee Hoon (Dicelur air panas sehingga lembut)

Cara-cara

Tulang direbus selama 1jam atau lebih. Sementara itu bawang putih digoreng sehigga kekuningan dan masukkan cili kering dan udang kering.Setelah itu masukkan air rebusan tulang tadi dan setelah mendidih masukkan sos cili, tomoto dan kicap manis.Kacau dan akhir sekali masukkan sayur dan tutup api.