Mee Hokkien Black Pepper

Ramuan / Bahan

1 Paket mee hokken/ mee kuning biasa
3 ulas bawang kecil
1 ulas bawang putih
1 ½ camca lada hitam
2 sudu ikan bilis (ditumbuk)
4-5 biji cili api
1 cawan air
¼ cawan kicap manis
minyak masak untuk menumis

daging - jumlahnya ikut suka
isi ayam - "
1 paket bebola ikan
sedikt sayur sawi / taugeh

Cara-cara

1.Tumbuk bawang kecil,bawang putih, lada hitam, cili api dan ikan bilis.

2. Hiris daging dan bebola ikan.

3. Kemudian panaskan minyak utk menumis bahan-bahan yg ditumbuk tadi.

4. Tumis bhn2 yg ditumbuk.

5. Masukkan kicap beserta air.Tunggu sebentar.

6. Masukkan daging, isi ayam dan bebola tadi.

7. Biarkan 2-3 minit....kemudian masukkanlah mee dan sayur2 tadi.

8. Masak sekejap.2 minit..kemudian bolehlah dihidangkan.