Mee Hailam Sedap

Ramuan / Bahan

mee kuning
sawi
bunga kobis
lobak merah
5-6 tangkai cili padi
kicap pekat
air
sedikit tepung jagung
limau kasturi 5-6 ulas bawang merah dikisar
4 ulas bawang putih dikisar
isi ayam
garam
sedikit perasa
sos tiram
cili sos
cili kisar
lada hitam ditumbuk

Cara-cara

1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan ayam dan biar masak
2.Masukkan lada hitam,cili kisar,sos tiram dan cili sos. Biar masak seketika.
3.Masukkan air, tambah kicap pekat,garam dan serbuk perasa. Biar mendidih sebentar dan masukkan lobak merah,sawi dan bunga kobis dan cili padi.
4.Akhir sekali masukkan tepung jagung yg dibancuh dengan air.Kacau sebentar hingga mendidih dan tutup api
5.Hidang bersama mee kuning dan nak sedap lagi perah limau kasturi.