Mee Hailam Noni

Ramuan / Bahan

Bahan A
3 ulas bawang kecil- ditumbuk
4 ulas bawang putih - ditumbuk
sedikit halia - ditumbuk
2 sudu lada hitam - ditumbuk Bahan B
Hirisan daging/ayam
2 biji telur
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap pekat
1 kiub stok ayam/daging maggi atau air rebusan ayam/daging
½ liter air
½ kilo mee kuning
1 pokok sawi/kailan
1 biji tomato - potong 4
lobak merah- potong bulat
1 bunga kobis
sedikit minyak untuk menumis
sedikit garam & gula

Cara-cara

Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumiskan bahan A hingga naik bau.
masukkan air dan kiub ayam/daging.
Bila mendidih masukkan daging/ayam,sos tiram & kicap pekat, sedikit garam dan gula. Biar seketika, masukkan sayur, tomato dan lobak dan juga mee kuning. Gaul hingga rata, akhir sekali pecahkan telur.