Mee Hailam Na

Ramuan / Bahan

bahan-bahan:
600g mee kuning
200g daging (dipotong halus)
sebatang karot
bunga kobis
anak jagung
5-8 tangkai cili kering-dikisar
6 - 8 keping cendawan
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
seinci halia
(bwg putih, bwg merah & halia- dikisar)
½ sudu lada hitam - ditumbuk
5 sudu sos cili
sesudu sos tiram
½ sudu tepung jagung
5-8 sudu kicap
minyak

Cara-cara

cara:
Panaskan minyak, tumiskan bwg putih, merah dan halia yang dikisar hingga naik bau. masukkan cili kering yang telah dikisar hingga masak.Masukkan lada hitam, sos cili,sos tiram dan kicap. Masukkan sedikit air.Masukkan garam dan gula secukup rasa.Masukkan sayur-sayuran yang telah dipotong.Kemudian, masukkan mee yang telah dibasuh dan ditoskan ke dalam kuali. Bancuhkan sedikit tepung jagung dan masukkan ke dalam mee tersebut. Selesai...