Mee Goreng Belacan Basah

Ramuan / Bahan

Bahan-bahan :-

1 bungkus Mee kuning
3 biji bawang besar (di blander 2 biji)
5 biji bawang putih (di blander)
2 sudu besar belacan (diblander)
1 ½ tomato puri
ayam / daging (dipotong kecil)
sayur sawi / taugeh (ikut kegemaran)
2 biji telur
gula dan garam secukup rasa

Cara-cara

Cara-cara :-

1 biji bawang besar dipotong halus dan di goreng.

Kemudian masukkan ayam/daging. Goreng sehingga masak.

Kemudian masukkan semua bahan blander. Kacau hingga naik bau.

Kemudian masukkan tomato puri. Kacau lagi sehingga naik minyak.

Kemudian masukkan Mee tadi dan gaul sehingga rata.

Masukkan telur, sayur, garam dan gula. Masak sehingga semuanya rata.

Mee Goreng Belacan Basah sedia di hidang.