Maggi Goreng Mamak

Ramuan / Bahan

2 ulas bawang putih (dititik hancur)
Sebiji bawang merah (dititik hancur)
1 sudu besar cili boh/giling (kalau nak pedas bubuh lebih)
1 biji telur
½ biji tomato (potong ikut suka)
½ tauhu goreng dihiris nipis
Kicap
Gula dan garam
Air 1 bungkus meggi kari
½ perencah meggi kari

Cara-cara

Tumiskan bawang putih dan merah bersama cili giling/boh. Bila bau dah naik masukkan tomato dan tauhu goreng. Bila dah kering masukkan telur kke dlm kuali kemudian hancurkan. Bila dh cukup kering masukkan sedikit air. Bila air dh panas masukkan perencah meggi kemudian masukkan mi meggi. Bila dah hampir kering bubuh kicap secukup rasa. Gaul rata.