Maggi Goreng Asam Laksa

Ramuan / Bahan

2 Bungkus Mee Maggi Asam Laksa
2 Ulas Bawang Putih (dicincang)
5-6 Ekor Udang Hidup 1/8 Kobis Bulat
3 Ketul Bebola Ikan (Dihiris nipis)
2 Sudu Minyak Masak

Cara-cara

1. Panaskan air dan didihkan Mee (Jgn sampai terlalu masak), kemudian toskan sehingga kering.

2. Panaskan kuali dan masukkan 2 sudu minyak masak. Setelah minyak panas, tumis bawang putih yang telah dicincang dan masukkan udang hidup setelah bawang naik bau. Masukkan juga bebola ikan.

3. Gaulkan perencah Assam Laksa dengan sedikit air dan gaul hingga sebati, kemudian masukkan kedalam kuali.

4. Masukkan mee yang telah ditos kedalam kuali dan kacau sehingga rata.