Laksa Terengganu

Ramuan / Bahan

½ kg laksa tepung beras
2 biji timun (dihiris)
2 pokok daun salad (dihiris)
2 kuntum bunga kantan (dihiris)
¼ kg tauge
Seikat daun kesum
2 biji limau nipis 10 ekor ikan kembung atau tamban (dibakar kemudian dibuang tulangnya lalu dimesin)
2 labu bawang besar (ditumbuk halus)
1 camca besar lada sulah
2 biji kelapa atau 1 peket santan serbuk (ambil lima cawan santan)
3 camca besar kerisik
4 camca besar gula pasir, garam secukup rasa

Cara-cara

Ikan yang telah dimesin, dicampurkan bersama santan. Masukkan bawang, kerisik, gula, garam dan lada sulah. Masak hingga menggelegak, kemudian angkat. Hidangkan bersama sayur yang telah dihiris tadi.