Laksa Siam

Ramuan / Bahan

600 gm bihun kasar
600 gm ikan kembung
2.5 cm kunyit hidup
2.5 cm belacan
2.5 cm lengkuas
6 biji cili kering
4 biji cili merah
1 biji kelapa
5 labu bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
8 sudu besar minyak
3 helai daun limau purut
Asam jawa secukup rasa
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa Bahan-bahan untuk hiasan:
1 labu bawang besar (dimayang)
3 biji cili merah (dihiris)
1 biji timun (dihiris halus)
1 biji nanas
3 ikat daun pudina
1 kuntum bunga kantan

Cara-cara

Celur bihun hingga masak, tos dan ketepikan. Rebus ikan kembung. Apabila masak, angkat dan siat-siat isinya. Lecek isinya sehingga halus dan tiada tulang. Tumbuk atau mesin cili kering bersama bawang merah dan bawang putih. Tumbuk lengkuas, kunyit hidup, serai berasingan dan ketepikan. Panaskan minyak. Masukkan bahan yang dimesin bersama belacan. Kacau hingga kuning. Masukkan kemancar santan dan kacau perlahan-lahan. Masukkan pati santan dan kacau lagi. Masukkan ikan, daun limau purut, lengkuas dan air asam jawa. Masukkan garam dan sedikit gula. Mayang bawang besar, hiris cili merah, nanas, timun dan bunga kantan untuk hiasan. Petik daun pudina sehelai-sehelai. Apabila menghidang, letakkan bihun yang telah dicelur dan taburkan Bahan-bahan Hiasan di atas bihun. Tuangkan kuah. Jika suka tambahkan otak udang.