Laksa Seri Tanjung

Ramuan / Bahan

600 gm laksa cap atau kasar
600 gm ikan kembung
4 sudu besar cili mesin
1 kuntum bunga kantan
6 keping asam gelugur
6 biji cili merah
2 biji timun
1 biji asam limau 4 labu bawang merah
6 batang daun kesum
2 labu bawang besar
4 gelas air
1 pokok daun salad atau daun-daun lain seperti gajus, selom dan lain-lain
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara-cara

Bersihkan ikan, rebus dengan sedikit garam. Apabila masak keluarkan dan siat isinya. Lecek isi ikan hingga lumat. Simpan air rebusan ikan. Tumbuk bawang merah dan gaul bersama cili mesin. Lereng bawang besar dan hiris timun sepanjang 3 cm. Hiris daun salad dan ulam-ulaman. Jerang periuk, masukkan air rebusan ikan bersama cili dan bawang merah yang ditumbuk. Masukkan bunga kantan, asam gelugur, daun kesum, garam dan gula. Kacau selama 2 minit. Masukkan isi ikan dan masak hingga mendidih. Kacau selalu. Masukkan laksa cap ke dalam pinggan. Laksa cap sedia dimakan dan tidak perlu dicelur lagi. Jika menggunakan bihun, celur bihun dan toskan. Aturkan cili merah, bawang besar, daun salad dan daun-daun lain serta timun di atas laksa. Apabila hendak dimakan, tuang kuah di atas laksa. Jika kurang asam, perahlah asam limau.