Laksa Sarawak Aknong

Ramuan / Bahan

Bahan Kuah
Sebungkus perencah laksa sarawak
Sebungkus mee hoon (dicelur dan ditoskan)
Santan pekat
air secukupnya
Garam dan ajinomoto secukup rasa

Bahan Sambal

10 tangkai cili kering (direndam dan digiling)
1 sudu kecil belacan
Minyak masak
10 biji limau kasturi Bahan Inti

300 gram isi ayam (dikukus dan dicarik nipis-nipis)
150 gram tauge (dicelur dan dibuang ekornya)
5 keping tauhu (digoreng dan dihiris nipis-nipis)
3 biji telur (digoreng dan dihiris nipis-nipis)
Udang kecil (digoreng dan dibuang kulitnya)
1 bungkus kecil Fishball (digoreng dan dipotong dua)
Bawang goreng
Daun kesum
5 biji cili merah (dihiri nipis-nipis)


Cara-cara

1. Campurkan perencah laksa sarawak bersama air secukupnya dan rebus selama 30 minit.
2. Kecilkan api, masukkan santan pekat bersama garam dan ajinomoto secukupnya.
3. Goreng cili kering bersama-sama belacan dan biarkan.
3. Ambil semangkuk mee hoon dan tuangkan kuah laksa sarawak.
4. Ambil sedikit bahan-bahan inti dan campurkan bersama-sama kuah dan mee hoon tadi.
5. Perahkan sedikit limau kasturi dan campurkan sedikit bahan sambal ke dalam mangkuk mee hoon dan kuah tadi.
6. Akhir sekali,taburkan daun kesum dan cili merah di atas laksa.