Laksa Kari Nyonya

Ramuan / Bahan

Bahan A:
400 gm bawang kecil
100 gm kunyit hidup
50 gm bawang putih
100 gm bawang merah
3 batang serai
30 gm halia
50 gm lengkuas
1 inci belacan Bahan B:
3 kuntum bunga kantan
5 tangkai daun kesum
20 biji cili masak (dikisar)
2 biji kelapa (ambil santannya)
2 tin susu cair
10 sudu besar cili kering
10 keping tauhu pok
4 liter air
1 paket mee kuning
1 paket kuey teow
200 gm taugeh
Garam secukup rasa

Cara-cara

Kisar semua bahan A dan tumis di dalam periuk bersama cili kering sehingga masak. Masukkan santan/susu cair, kemudian masukkan bunga kantan, daun kesum dan biarkan di atas api sederhana besar (20-30 minit). Campurkan tauhu pok & masukkan garam secukup rasa. Hidangkan dengan mee kuning, kuey teow & taugeh.