Semperit Istimewa

Ramuan / Bahan

1 tin tepung jagung cap kupu-kupu Brown & Polson
2 cawan tepung gandum
1 ¾ cawan gula pasir - dikisar & diayak
3 biji merah telor
1 ½ buku mentega
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara

Kacau sebati mentega dan gula. Masukkan merah telor & esen vanilla. Kacau. Masukkan tepung jagung & tepung gandum yang telah diayak bersama. Uli jadikan doh. Tekan dalam acuan semperit berbentuk leper dan bergigi. Bakar.