Laksa Kari

Ramuan / Bahan

Bahan untuk kuah:

Minyak untuk menumis
3 biji bawang putih
5 biji bawang merah
1 inci halia
3 batang serai
2 kuntum bunga kantan (dipotong)
4 sudu serbuk kari (digaul dengan sedikit air)
1 cawan cili boh
1 ½ biji kelapa (2 mangkuk santan cair dengan sedikit air)
3 keping tauhu kering (dipotong kecil)
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa Bahan asas:

2.5 kg mee kuning (dicelur)
1 mangkuk taugeh (dicelur)
8 batang sawi (dicelur)
200 gm isi udang atau isi ayam (dicelur)
Bawang goreng
Daun bawang (dihiris)
Cili merah (dihiris)
Limau nipis
Telur rebus

Cara-cara

Tumiskan bahan mesin sehingga naik baunya. Kemudian masukkan cili boh, kacau sehingga naik minyaknya.

Masukkan pula serbuk kari dan kacau sehingga naik minyak juga. Masukkan pula santan cair dan bunga kantan, biarkan ia mendidih seketika.

Tambahkan garam dan gula, kacau seketika kemudian masukkan santan pekat dan kacau lagi supaya tidak pecah santannya selama dua atau tiga minit.

Akhir sekali masukkan tauhu dan tuangkan ke atas bahan-bahannya.