Laksa Kari

Ramuan / Bahan

Bahan A:
500 gm laksa basah (celur & toskan)

Bahan B:
(Bahan dibawah bersihkan & potong dadu)
300 gm ayam/daging
200 gm sotong
200 gm udang

Bahan C:
2 paket kecil rempah kari ayam/daging
(Bahan dibawah ditumbuk halus)
1 camb jintan manis
1 camb jintan putih
1 batang kayu manis
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
½ inci halia

Bahan D:
10 pcs tauhu pok
(Bahan dibawah bersihkan & potong dadu)
2 pcs tauhu putih
2 pcs fish cake
100 gm sawi hijau Bahan E:
100 gm taugeh - bersih dan celurkan
(Bahan dibawah bersihkan & potong halus)
1 biji salad
1 biji timun
1 biji bawang besar
5 ulas cili besar

Lain-lain bahan:
1 biji kelapa (ambil 4 mangkuk santan dan asingkan perahan pertama).
1 cawan air asam jawa
2 pcs kiub ayam Knorr
1 senduk minyak masak
Garam secukup rasa

Cara-cara

Cara Menyediakan kuah:
Panaskan 1 senduk minyak dan tumiskan Bahan C dan masuk air asam jawa biarkan sehingga berbau wangi. Kemudian masukkan Bahan B gaul dengan rata bahan A. Biarkan dalam 5 minit dan masukkan santan.Kemudian masuk garam secukup rasa dan kiub ayam knor. Biarkan ia mendidih. Setelah mendidih masukkan Bahan D. Biarkan 5 minit. Akhir sekali masukkan pati santan biarkan mendidih dan tutup api.

Menyediakan laksa:
Ambil laksa, tuangkan kuah laksa tadi dan letakkan bahan E