Laksa Johor Special

Ramuan / Bahan

1 peket mee laksa (dicelur & ditoskan)
½ kilo ikan parang (direbus & diasingkan isi dan tulang, dikisar)
1 senduk minyak
Santan cair
Garam, serbuk perasa

BAHAN TABUR:
250gm taugeh (dibuang ekor & dicelur)
2 biji bawang besar (dihiris tipis)
2 biji timun (dibuang kulitnya & empulurnya,dihiris halus)
30gm daun kesum (digunting halus)
Sedikit lobak jeruk
5 biji limau kasturi (dipotong)



BAHAN GILING:
2 batang serai
2 ulas bawang putih
12 batang lada kering (direndam & ditoskan)
10 biji bawang merah
1 peket kerisik
1 senduk serbuk kari
1 batang kayu manis

BAHAN UNTUK SAMBAL:
Sedikit belacan yang telah dibakar
10 tangkai lada merah
Sedikit serbuk perasa
(dikisar bersama)


Cara-cara

Tuangkan minyak sesenduk kedalam periuk. Tumiskan bahan giling sehingga naik bau. Masukkan santan, garam & serbuk perasa. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan ikan yang telah dikisar.Kemudian siap untuk dihidangkan.