Laksa Johor Pak Atan

Ramuan / Bahan

BAHAN A
Setengah ekor ikan tenggiri atau 5 ekor ikan kembung
10 ekor udang basah (kecil)

BAHAN B
3 biji bawang besar
6 biji bawang putih
satu inci halia
satu inci lengkuas
5 batang serai

BAHAN-BAHAN LAIN
1 paket Spaghetti
satu mangkuk rempah kari
kerisik
2 atau 3 biji santan kelapa
asam keping
satu inci lengkuas
garam
serbuk perasa (jika mahu)
BAHAN TAMBAHAN
sengkuang
timun
taugeh
daun kesum
daun selasih
limau kasturi
lobak asin
sambal belacan

Cara-cara

Spaghetti direbus dan di toskan.

Untuk kuah laksa:

Rebus ikan dan udang bersama asam keping. Toskan ikan yang sudah direbus dan asingkan tulang. Kisar isi ikan dan udang menggunakan air rebusan tadi.

Kisar bahan B dan campurkan dengan serbuk kari. Tumis bahan tersebut dan masukkan asam keping. Setelah sudah naik minyak, masukkan santan. Kemudian masukkan isi ikan tadi dan air lebihan rebusan untuk mengurangkan kepekatan. Masukkan seinci lengkuas tanpa perlu dipotong. Tambah garam dan serbuk perasa. Setelah mendidih, masukkan kerisik. Biarkan mendidih dan perlu di kacau sekali sekala.

Hiris nipis sengkuang, timun, daun kesum dan daun selasih.
Belah dua limau kasturi