Laksa Johor

Ramuan / Bahan

Bahan A
200 g spagetti
10 ml minyak masak
1 sd kecil garam halus
1 liter air

Bahan B
300 g isi ikan tenggiri/makeral
1 liter air

Bahan C
5 ulas bawang merah (tumbuk halus)
3 ulas bawang putih (tumbuk halus)
10 g udang kering (tumbuk halus)
3 cm halia (tumbuk halus)
1 batang serai (diketuk)
2 cm lengkuas (ditumbuk halus)
3 sudu serbuk kari
1 tangkai kulit kayu manis
1 sudu kerisik
2 biji buah pelaga
2 tangkai bunga lawang
2 cawan santan kelapa
20 ml minyak masak
2 keping asam gelugor
1 liter air
garam secukup rasa Bahan D
2 tangkai daun kesum (dihiris halus)
1 biji timun (dihiris halus)
2 biji bawang besar (dihiris halus)
3 biji telur rebus (dipotong dua)
½ biji nenas (dihiris halus)
2 biji cili merah (dihiris halus)

Bahan E
5 tangkai cili merah
5 cm belacan (dibakar)
5 biji limau nipis (dipotong dua)

Cara-cara

Rebus bahan A sehingga spagetti lembut sepenuhnya, ditoskan airnya dan diketepikan.

Rebus bahan B sehingga ikan masak dan blender halus isi ikan tersebut. Simpan air rebusan ikan tadi.

Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, udang kering, halia, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, serai, lengkuas dan sebuk kari. Setelah naik bau, masukkan air, air rebusan ikan, isi ikan yang telah diblender dan didihkan. Kemudian masukkan santan, asam gelugor dan kerisik. Kacau di atas api sederhana sehingga kuah mendidih dan pekat.

Sediakan bahan D dan susun di dalam bekas yang berasingan.

Tumbuk belacan yang telah dibakar bersama cili merah hingga halus. Letak belacan dan cili tumbuk di dalam bekas bersama-sama limau nipis yang telah dipotong.