Kuetiau Rawon

Ramuan / Bahan

100 ml minyak
1.5 liter air
300 gm daging
300 gm paru (direbus dan dihiris)
1 helai daun limau purut
600 gm kuetiau (dicelur)
5 tankai daun bawang
4 biji limau kasturi
Sedikit garam Bahan-bahan dikisar:

6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1 camca teh lada sulah
2 biji cili merah
1 camca teh jintan manis
1 camca teh ketumbar

Cara-cara

Untuk kuah, tumis bahan kisar hingga wangi. Tuang air dan apabila mendidih, masukkan daging, paru dan daun limau purut.

Kacau sekali-sekala hingga daging empuk. Masukkan garam dan kemudian angkat.