Segi Empat Strawberi

Ramuan / Bahan

250 gm mentega
1 cawan gula halus
2 biji telur
1 camca teh esen vanila 2 ½ cawan tepung gandum
1 camca besar serbuk penaik
1 camca teh garam
½ cawan jem strawberi

Cara-cara

Putar mentega bersama gula halus hingga sebati. Masukkan telur dan esen vanila, kacau rata.

Ayak tepung bersama serbuk penaik dan garam. Masukkan sedikit demi sedikit di dalam adunan mentega dan uli hingga sebati.

Ambil sepertiga doh sebagai lapisan bawah biskut. Tekan di dalam tin berukuran 25 cm x 30 cm. Sapu rata jem di atasnya.

Parut kasar baki doh dan tabur di atas lapisan jem. Bakar selama 35 minit pada suhu 180 darjah Celcius hingga kuning keperangan. Potong segiempat sebelum disimpan.