Kuetiau Goreng Istimewa

Ramuan / Bahan

1 kg kuetiau
50 gm cili kisar
150 gm tauge
100 gm kucai
100 gm isi kerang
100 gm udang
100 gm isi ketam 2 biji telur
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
5 sudu besar kicap pekat
4 sudu besar kicap cair
2 sudu besar bawang putih cincang
200 ml minyak

Cara-cara

Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik baunya. Kemudian masukkan udang, isi ketam, kacau rata dan biarkan hingga masak. Kemudian masukkan telur. Tambahkan cili giling, kacau sehingga naik baunya. Kemudian masukkan kuetiau, sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan sos ikan. Kacau hingga rata. Akhir sekali masukkan isi kerang, tauge dan kucai, kacau untuk beberapa minit dan hidangkan.