Kuetiau Goreng

Ramuan / Bahan

600 gm kuetiau
500 gm udang
300 gm tauge
150 gm kucai
4 keping tauhu
6 biji cili merah
5 biji telur
2 biji asam limau
3 sudu besar cili mesin 2 sudu besar minyak
2 sudu besar kicap cair
8 labu bawang merah
4 ulas bawang putih
1 pokok daun bawang
1 daun saderi
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara-cara

Rebus 3 biji telur. Apabila masak, kupas dan potong nipis bulat-bulat. Mayang bawang putih dan bawang merah. Goreng bawang merah. Goreng tauhu dan potong nipis-nipis. Bersihkan kuetiau dan toskan. Bersihkan udang dan potong sebesar 2.5 cm. Potong kucai, daun saderi dan daun bawang sepanjang 2 cm. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, cili mesin, udang dan kacau selama dua minit. Masukkan 2 biji telur dan kacau selama satu minit. Masukkan kuetiau, garam, gula dan kicap. Kacau selalu. Masukkan kucai, daun bawang dan daun saderi. Apabila menghidang, taburkan telur rebus, cili merah dan bawang merah. Perah limau nipis.