Kueteau Sup

Ramuan / Bahan

150 gm kueteau
100 gm daging ayam
Sedikit udang & sotong
1 biji telur
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu besar sos tiram 1 cawan stok ayam
1 sudu kecil minyak bijan
Sedikit minyak masak & garam
Sedikit sawi, lobak & kobis
1 sudu besar tepung jagung dan air

Cara-cara

Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang putih hingga garing. Masukkan daging ayam, sos tiram, minyak bijan, sotong, udang & stok ayam. Kemudian masukkan kueteau, sayur-sayuran & bancuhan tepung jagung. Akhir sekali, pecahkan telur & masak lagi selama 3 minit.