Kueteau Sos Seafood Berkrim

Ramuan / Bahan

200 gm kueteau
80 gm isi ikan merah
50 gm sotong
50 gm udang
Sedikit minyak masak
2 ulas bawang putih (dicincang)
Sedikit herba campuran (oregano, thyme & marjoram) Bahan Sos:
200 gm krim segar
100 gm mentega
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada sulah (Satukan semua bahan & didihkan hingga pekat)

Cara-cara

Goreng mi dengan sedikit minyak selama 3 minit. Masukkan ke dalam pinggan. Panaskan sedikit minyak masak. Tumiskan bawang putih, udang, ikan merah & sotong. Tambahkan herba campuran & masukkan mi. Gaulakan hingga rata. Angkat & hidangkan.