Scone Delicious

Ramuan / Bahan

6 ¾ cawan - tepung naik sendiri
½ cawan - gula halus
16 oz - mentega (sejuk dan diracikkan)
1 biji - telor
1 cawan - susu segar

Cara-cara

Sebatikan tepung dan gula dalam satu mangkuk. Gaulkan mentega yang telah di racik bersama campuran tepung tersebut sehingga berderai. satukan telur dan susu didalam mangkuk yang lain. Kemudian ambil secawan campuran telur+susu itu dan tuang ke dalam campuran tepung tadi. Uli dengan tangan sehingga menjadi doh yang lembut. Tinggalkan sedidkit baki daripada campuran telur+susu itu. Canaikan doh setebal 1 inci dan terap dengan mulut cawan mug. Susun scone dalam dulang pembakar dengan jarak 1/2 inci diantara satu sama lain. Sapukan lebihan campuran susu+telur diatas scone itu. Bakar selama 20 - 25 minit atau sehingga kuning keemasan.