Cantonese Yee Mee

Ramuan / Bahan

Yee mee (sediakan untuk 4 orang makan)
20 ekor udang sederhana besarnya
isi daging ayam yang telah dihiris
sedikit hirisan daging lembu (yang telah direbus)
sedikit lada sulah
2 biji putih telur
2 buku pati ayam Maggi
100 ml Air rebusan kulit udang
Garam & serbuk perasa

200 gm kobis cina (dipotong kecil)
100 gm sawi hijau (dipotong kecil)
2 ulas bawang kecil (untuk menumis)
3 ulas bawang putih (untuk menumis)
2 sudu makan minyak bijan
3 sudu besar tepung jagung dilarutkan dengan sedikit air
sedikit minyak zaitun untuk menumis
3 batang daun bawang
sedikit bawang goreng untuk hiasan

Cara-cara

Masukkan bahan-bahan untuk menumis. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan serbuk lada sulah dan air rebusan kulit udang.

Biarkan mendidih.Masukkan Udang, isi ayam dan hirisan daging. Biarkan mendidih selama 10 minit.Kemudian masukkan Kobis Cina dan sawi hijau. Masak selama 2 minit.

Masukkan larutan tepung jagung. Akhir sekali masukkan minyak bijan untuk mewangikannya. Taburkan bawang goreng dan daun bawang untuk menghiaskannya. Bolehlah di masukkan kuah tadi ke dalam Yee Mee yang telah tersedia.