Telur Tomato

Ramuan / Bahan

Bawang putih 1 biji-dicincng halus
Bawang merah 1 biji-dipotong halus
cili boh-2 sudu besar
Garam-secukup rasa
Ajinomoto-secukup rasa
Minyak masak
Tomato 2 biji-dipotong dadu
Telur-3 biji
Cili besar 1 biji-dipotong serong

Cara-cara

Panaskan minyak, masukkan bawang dan bawang merah. Goreng sehingga bahan berwarna keperangan. Seterusnya, masukkan cili boh. Goreng sehingga naik bau. Masukkan garam dan ajinomoto. Kacau sebentar. Kemudian masukkan tomato, kacau seketika hingga tomato hampir masak. Seterusnya masukkan telur dan kacau hingga sebati. Akhir, masukan lada sebagai hiasan.