Telur Tauhu Lemak

Ramuan / Bahan

3 biji telur
3 keping tauhu putih
1 labu bawang besar (tumbuk separuh lumat)
1 cm halia (tumbuk lumat)
1 kiub ikan bilis
2 biji cili merah (dibelah 2)
½ biji kelapa (jadikan 1 ½ cawan santan)
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara

Goreng tauhu sehingga kuning dan potong empat. Ketepikan. Telur di dadar tebal dan potong empat.
Panaskan minyak, tumis bawang besar dan halia yang di tumbuk sehingga wangi. Masukkan santan, cili, tauhu, garam, telur, kiub ikan bilis dan serbuk kunyit.
Kacau dan kecilkan api, renih sehingga masak. Angkat dan hidangkan.